Sunday 10 November 2013

Keindahan BersamaMu di MRSM TGS, Kuala Lipis.



Pada 8 dan 9 November 2013, IKRAMTeens Wilayah Persekutuan telah mengadakan program Keindahan BersamaMu (KBM) di MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis. Ianya disertai oleh para fasilitator dari IKRAMTeens WP, IKRAMTeens Temerloh dan para pelajar Tingkatan 4 sekolah tersebut.

Pelbagai perkongsian dan aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan sepanjang dua hari tersebut. Para pelajar dibawa untuk menghayati makna sebenar kehidupan dan memaknai hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Semoga banyak manfaat yang diperoleh para fasilitator dan peserta program insyaAllah.



No comments:

Post a Comment