Tuesday 24 December 2013

Bowling @ Star Mall









     Ukhuwah Teras Kegemilangan. Qawiyul Jismi.

     Menyedari pentingnya ukhuwah dan menjaga kesihatan badan, IKRAMTeens Pahang telah mengadakan sebuah pertandingan bowling di Star Mall, Mentakab. Seramai 10 orang adik-adik yang pernah menyertai aktiviti IKRAMTeens telah menyertai pertandingan tersebut. Kalah menang bukanlah persoalannya. Yang penting, para AJK IKRAMTeens Pahang dapat mengenali adik-adik dengan lebih rapat.

     Semoga dengan terjalinnya ukhuwah hari ini, Allah memudahkan urusan kita untuk terus bertemu dan beraktiviti di masa akan datang.

Briefing dan Taaruf
Para Pemenang

Penutup bersama Akh Azmi


Nationwide Mega Street Dakwah.


     Pada 21 dan 22 Disember lepas, Hidayah Centre Pahang telah menganjurkan sebuah aktiviti iaitu Nationwide Mega Street Dakwah. Seramai lebih kurang 40 sukarelawan dari pelbagai latar belakang telah menyertai aktiviti tersebut. Sebahagian sukarelawan telah menyertai sesi taklimat pada 21 Disember. Manakala esoknya, Ahad, 22 Disember, Street Dakwah telah dijalankan di tiga tempat berlainan, iaitu Megamall, East Coast Mall dan Teluk Cempedak. 

     Selepas Asar, para peserta berkumpul semula dan berkongsi pengalaman masing-masing. Macam-macam pengalaman dikongsikan. Ada yang mendapat respon yang baik, ada yang mendapat respon yang kurang baik. Namun yang penting, masing-masing ada mendapat sesuatu manfaat dari program ini insyaAllah. 

     Semoga Allah memberkati usaha untuk menyampaikan islam kepada mereka yang belum menikmati nikmat islam itu, dan semoga Allah kekalkan kita dalam iman dan islam, insyaAllah.

Sesi Taklimat

Street Dakwah

Post-Mortem


Monday 23 December 2013

Bantuan Back To School @ Kuantan.



Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.



Alhamdulillah, pada hari Ahad 22 Disember lepas,  i-Bantu IKRAM Pahang telah pergi ke 5 lokasi secara serentak untuk menyampaikan bantuan Back2School dengan kerjasama Tok Empat dan JKK setiap kampung, i-Bantu IKRAM Muar dan Kolej Matrikulasi Johor. 5 lokasi yang dimaksudkan adalah:

1. Masjid Kg Pandan 2



2. Surau Kg Tiram



3. Surau Kg Telok Mahang



4. Kg Sri Melati



5. Kg Kurnia





Penerima bantuan menerima voucher RM150 untuk anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah dan sekolah menengah. Voucher tersebut boleh ditebus di Sakan Jalan Gambang sehingga 5 Januari 2014. Terima kasih IKRAMPahang ucapkan kepada Sakan di atas kerjasama yang diberikan.


Sunday 22 December 2013

Nikmat oh Nikmat @ Kuantan


     Alhamdulillah, pada hari Sabtu 21/12/2013, IKRAMTeens Pahang telah dijemput untuk satu slot dalam Kem Jati Diri Kampung Tiram, Kuantan yang telah diadakan di Surau kampung Tiram Mukim Kuantan 1. Sesi 'Nikmat oh Nikmat' telah dilaksanakan oleh wakil IKRAMTeens Pahang bersama-sama 70 orang kanak-kanak sekolah rendah dan sekolah menegah di kem tersebut.

     Majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah dan tamat pada jam 10.30 malam. Tujuan slot ini adalah untuk sama-sama menghargai nikmat pancaindera yang telah Allah kurniakan, dan menggunakannya ke jalan yang diredhai Allah.

     Semoga semua mendapat pengajaran dari aktiviti yang dijalankan, dan semoga hubungan ukhuwah yang terjalin berkekalan insyaAllah.


Nikmat ohhh Nikmat =)



Monday 9 December 2013

XPERT '13.






     Pada 5 hingga 8 Disember yang lepas, IKRAMTeens telah menjayakan Ekspedisi Remaja Tahan Lasak 2013 (XPERT) yang bertempat di Pulau Mutiara Pulau Pinang. IKRAMTeens Pahang telah menghantar 4 orang peserta, 2 dari Temerloh (adik Husain'arif dan Syahmie Rezza) dan 2 dari Kuantan (Khairul Zafir dan Ammar Hadi). Adik Ahmad Hilmi tidak dapat hadir kerana rumahnya dilanda banjir, takziah buat beliau.

Para peserta dan ibu bapa di Terminal bas Temerloh.


Kais Petang Makan Petang.
     Perjalanan bermula pada 4 Disember jam 11.15 malam, dan tiba di Sungai Nibong pada jam 5.15 keesokan paginya. Ketibaan di Masjid Daerah Barat Daya Balik Pulau disambut oleh warga IKRAMTeens Pulau Pinang. Aktiviti pada hari pertama ialah kais petang makan petang, di mana para peserta diminta untuk menjana dana kewangan berjumlah minimum RM 200. Pasukan TERANG (Terengganu dan Pahang) tidak mempunyai apa-apa barang jualan kerana mereka yang ditugaskan membawa barang jualan tidak mampu datang akibat banjir. Akhirnya, mereka terpaksa keluar ke pekan Sungai Nibong dengan bermodalkan tenaga mereka untuk menawarkan servis bagi mendapatkan upah. Alhamdulillah, RM 85 berjaya dikumpulkan. Ya, jauh dari target minimum, tetapi banyak pengajaran yang berjaya diambil.


Khidmat Masyarakat.
      Hari kedua dipenuhi dengan aktiviti khidmat masyarakat. Di sebelah pagi, para peserta diminta membersihkan sekurang-kurangnya 6 buah rumah secara bergotong royong. Selepas solat Jumaat, para peserta diminta untuk mengedarkan risalah-risalah tentang ceramah anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang di Masjid tersebut.



Pada hari Sabtu, para peserta dibawa ke sekitar Pulau Pinang melalui pertandingan Explorace. Alhamdulillah, kumpulan TERANG mendahului kumpulan-kumpulan lain di setiap checkpoint, seterusnya menjuarai pertandingan Explorace tersebut. Banyak nilai-nilai kepemimpinan dan pembahagian tugas dapat dipelajari dari aktiviti ini. Kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah juga dapat dilatih dalam setiap tugasan yang diberikan.


Off we go!

Checkpoint 1 di Padang Kota. Tugasan adalah mengambil gambar dengan beberapa kategori individu.

Checkpoint 2 di Muzium Negeri Pulau Pinang. Tugasan: Menjawab soalan.

Checkpoint 3 di Masjid Kapitan Keling. Tugasan: Street Dakwah.

Checkpoint 4 di KOMTAR. Tugasan, isu boikot.

  
Checkpoint 5 di Bukit Bendera. Tugasan: Menjawab soalan pengetahuan am.



     

    
   



     


                                                                             
     Di hari terakhir, setiap kumpulan diminta untuk menayangkan video yang disediakan sepanjang XPERT berjalan. Namun, atas kekangan alatan dan kepakaran membuat video, kumpulan TERANG tidak berjaya menghasilkan video yang berkualiti untuk ditayangkan.

     Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, pertemuan dan perpisahan yang paling indah adalah yang berlandaskan kasih sayang kepada Tuhan. Semoga XPERT '13 menjadi sebuah kenangan indah buat para peserta, dan semoga banyak mutiara-mutiara pengalaman yang berjaya dikumpulkan. Jumpa lagi di aktiviti IKRAMTeens yang akan datang, insyaAllah.

Wednesday 4 December 2013

Bantuan Banjir.





Kejadian banjir telah mengakibatkan beribu-ribu mangsa banjir di Kuantan terpaksa dipindahkan ke beberapa buah pusat pemindahan. Atas dasar perikemanusiaan, ahli Pertubuhan IKRAM Negeri Pahang dari Kuantan dan Temerloh telah bersama-sama membantu mangsa banjir dan mengutip serta menyalurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah berbuat demikian.

Kewangan : utk petugas & beli makanan utk mangsa. Bank-in ke Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) MBB 556011018605. Sila maklum pd Bendahari Norhafizah 013-3920706

Ya Allah. ..
لا حول ولا قوة الا بالله.

Ya Allah ganjarkan atas setiap kesabaran yg engkau berikan kpd keluargaku dlm Islam semuanya yg menghadapi musibah ini.
Sesungguhnya selepas kesusahan pasti hadirnya kesenangan.


Monday 2 December 2013

Iftitah.




Assalamualaikum.

InsyaAllah, ini adalah blog rasmi Pertubuhan IKRAM Negeri Pahang.
Sebarang komen atau cadangan bolehlah dihantar kepada ikramnegeripahang@gmail.com

Laju menderu bersama dakwah!