Friday 29 November 2013

IKOD @ UIA Kuantan.




Sempena IIUM Kuantan Open Day (IKOD) yang lalu, Hidayah Centre Pahang telah menjalankan aktiviti Street Dakwah di Teluk Cempedak pada 23/11/13 dan telah membuka booth pameran dan jualan pada 29-30/11/13 dan 1/12/13.

Street Dakwah @ TC
Street Dakwah yang diadakan di Teluk Cempedak telah disertai oleh sukarelawan-sukarelawan Hidayah Centre yang kebanyakannya adalah para pelajar IIUM Kuantan dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Sasaran utama adalah para pengunjung di sekitar Teluk Cempedak.. Di sini, skill para sukarelawan dalam menyampaikan dakwah islam kepada bukan islam dipraktikkan sepenuhnya.



Booth pameran dan jualan yang dibuka selama tiga hari juga telah dijalankan oleh para sukarelawan Hidayah Centre. Selain pameran poster-poster menarik, jualan buku-buku informatif,  terdapat juga beberapa permainan interaktif untuk para pengunjung booth tersebut. Selain itu, para sukarelawan juga mendapat info dan input-input yang berguna daripada para pengunjung booth yang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka.


Booth di IKOD
Antara peserta yang menjawab soalan di booth.























Semoga ramai yang mendapat manfaat dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan, insyaAllah.

Sunday 10 November 2013

Keindahan BersamaMu di MRSM TGS, Kuala Lipis.



Pada 8 dan 9 November 2013, IKRAMTeens Wilayah Persekutuan telah mengadakan program Keindahan BersamaMu (KBM) di MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis. Ianya disertai oleh para fasilitator dari IKRAMTeens WP, IKRAMTeens Temerloh dan para pelajar Tingkatan 4 sekolah tersebut.

Pelbagai perkongsian dan aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan sepanjang dua hari tersebut. Para pelajar dibawa untuk menghayati makna sebenar kehidupan dan memaknai hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

Semoga banyak manfaat yang diperoleh para fasilitator dan peserta program insyaAllah.