Monday, 9 December 2013

XPERT '13.






     Pada 5 hingga 8 Disember yang lepas, IKRAMTeens telah menjayakan Ekspedisi Remaja Tahan Lasak 2013 (XPERT) yang bertempat di Pulau Mutiara Pulau Pinang. IKRAMTeens Pahang telah menghantar 4 orang peserta, 2 dari Temerloh (adik Husain'arif dan Syahmie Rezza) dan 2 dari Kuantan (Khairul Zafir dan Ammar Hadi). Adik Ahmad Hilmi tidak dapat hadir kerana rumahnya dilanda banjir, takziah buat beliau.

Para peserta dan ibu bapa di Terminal bas Temerloh.


Kais Petang Makan Petang.
     Perjalanan bermula pada 4 Disember jam 11.15 malam, dan tiba di Sungai Nibong pada jam 5.15 keesokan paginya. Ketibaan di Masjid Daerah Barat Daya Balik Pulau disambut oleh warga IKRAMTeens Pulau Pinang. Aktiviti pada hari pertama ialah kais petang makan petang, di mana para peserta diminta untuk menjana dana kewangan berjumlah minimum RM 200. Pasukan TERANG (Terengganu dan Pahang) tidak mempunyai apa-apa barang jualan kerana mereka yang ditugaskan membawa barang jualan tidak mampu datang akibat banjir. Akhirnya, mereka terpaksa keluar ke pekan Sungai Nibong dengan bermodalkan tenaga mereka untuk menawarkan servis bagi mendapatkan upah. Alhamdulillah, RM 85 berjaya dikumpulkan. Ya, jauh dari target minimum, tetapi banyak pengajaran yang berjaya diambil.


Khidmat Masyarakat.
      Hari kedua dipenuhi dengan aktiviti khidmat masyarakat. Di sebelah pagi, para peserta diminta membersihkan sekurang-kurangnya 6 buah rumah secara bergotong royong. Selepas solat Jumaat, para peserta diminta untuk mengedarkan risalah-risalah tentang ceramah anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang di Masjid tersebut.



Pada hari Sabtu, para peserta dibawa ke sekitar Pulau Pinang melalui pertandingan Explorace. Alhamdulillah, kumpulan TERANG mendahului kumpulan-kumpulan lain di setiap checkpoint, seterusnya menjuarai pertandingan Explorace tersebut. Banyak nilai-nilai kepemimpinan dan pembahagian tugas dapat dipelajari dari aktiviti ini. Kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah juga dapat dilatih dalam setiap tugasan yang diberikan.


Off we go!

Checkpoint 1 di Padang Kota. Tugasan adalah mengambil gambar dengan beberapa kategori individu.

Checkpoint 2 di Muzium Negeri Pulau Pinang. Tugasan: Menjawab soalan.

Checkpoint 3 di Masjid Kapitan Keling. Tugasan: Street Dakwah.

Checkpoint 4 di KOMTAR. Tugasan, isu boikot.

  
Checkpoint 5 di Bukit Bendera. Tugasan: Menjawab soalan pengetahuan am.



     

    
   



     


                                                                             
     Di hari terakhir, setiap kumpulan diminta untuk menayangkan video yang disediakan sepanjang XPERT berjalan. Namun, atas kekangan alatan dan kepakaran membuat video, kumpulan TERANG tidak berjaya menghasilkan video yang berkualiti untuk ditayangkan.

     Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, pertemuan dan perpisahan yang paling indah adalah yang berlandaskan kasih sayang kepada Tuhan. Semoga XPERT '13 menjadi sebuah kenangan indah buat para peserta, dan semoga banyak mutiara-mutiara pengalaman yang berjaya dikumpulkan. Jumpa lagi di aktiviti IKRAMTeens yang akan datang, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment